Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (PTPTN) | Tarikh Tutup: 05 Januari 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (PTPTN).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Lokasi/Penempatan : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sabah Cawangan Kota Kinabalu

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Jadual Gaji : RM 1,352.00 - RM 4,003.00

Syarat-syarat permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Berkelulusan :
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); DAN
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 05 Januari 2020 di pautan: https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/jawatan_kosong_ptptn.cfm

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan: https://www.ptptn.gov.my/images/fail/jawatan_kosong/2019/jawatan_kosong_n19_122019.pdf

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Febuari 2020