Jawatan Kosong Terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Negeri Sabah
Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.
Maklumat Jawatan Kosong
Majikan : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)Lokasi : Sabah
Jawatan : Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31
Taraf Jawatan : Tetap
Kelayakan Memohon:
- Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat / Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan / kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Ijazah Sarjana Muda sahaja DAN mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dibenarkan untuk memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Diploma; DAN
- Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan; DAN
- Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Tambahan :
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman sebagai Setiausaha.
- Boleh bekerja mengikut jadual kerja yang fleksibel.
- Keutamaan diberi kepada calon yang cekap dan berkebolehan dalam Bahasa Inggeris.
Kriteria Yang Diperlukan :
- Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.
- Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
- Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bidang Tugas :
- Menyelaras dan membantu aktiviti / jadual harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan
- Penjadualan dan menyusun mesyuarat-mesyuarat utama dan persidangan apabila dikehendaki
- Menyediakan dokumen sulit dan sensitif;
- Memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail;
- Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur
- Menjawab, menapis dan membuat panggilan telefon untuk pegawai Kumpulan Pengurusan; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Jadual Gaji : RM2528.00
Cara Memohon :
Permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja.
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/
Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
Maklumat Temuduga :
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Januari 2020
Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
Maklumat Temuduga :
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Januari 2020