Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11 | Tarikh Tutup: 13 Febuari 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan Gred KP11.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Kekosongan : Dua (02)

Lokasi/Penempatan :
Sandakan - 1
Lahad Datu - 1

Jadual Gaji : RM 1,205.00 - RM 2,939.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat-syarat permohonan:
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya
dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

dan

b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga
26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan
84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.

c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a(i) hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    Cara Memohon :
    Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://jawatan.sabah.gov.my/

    Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

    Urus Setia
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 88811 KOTAKINABALU.

    Hanya calon -calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

    Salinan Sijil -Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen -dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

    Permohonan yang diterima daripada calon -calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

    Pemohon -pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.

    Tarikh Tutup Permohonan : 13 Febuari 2020