Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd | Tarikh Tutup: 30 Jan 2020

Permohonan Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : SABAH ELECTRICITY SDN BHD

Lokasi : Sandakan/Tawau

Jawatan : PEMBACA JANGKA KONTRAK

Syarat-syarat permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 5 mata pelajaran mendapat keputusan Lulus, termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia;
  • Memiliki lesen motosikal Kelas B2 yang sah dan memiliki motosikal sendiri (Lesen L tidak Layak);
  • Keutamaan pelantikan diberi kepada calon-calon yang berasal dan menetap di daerah di mana terdapat kekosongan jawatan;
  • Keutamaan juga akan diberi kepada pemohon yang memiliki Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik atau Pendawai Elektrik sekurang-kurangnya PW2

Deskripsi Tugas :
  • Bertanggungjawab untuk memastikan semua arahan pembacaan meter dalam kawalan dibilkan dan diserahkan kepada pengguna bagi tempoh pengebilan yang ditetapkan;
  • Bertanggungjawab untuk melaporkan kejanggalan meter yang diperolehi semasa pembacaan meter atau pada bila-bila masa;
  • Bertanggungjawab untuk menjaga peralatan mesin MOBIMAS yang digunakan;
  • Bertanggungjawab melakar peta tempat-tempat pengguna elektrik bagi tujuan mengenalpasti lokasi pengguna

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui pautan: https://erecruit.sesb.com.my/

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://erecruit.sesb.com.my/Public/Vacancy.aspx

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2020