Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19 | Tarikh Tutup: 19 Febuari 2020

Permohonan Jawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI

Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 / FT22

Kekosongan : Dua Puluh Satu (21) Jawatan

Taraf Jawatan : Tetap & Berpencen

Lokasi/Penempatan :
  • Kota Kinabalu (14) 
  • Sandakan (2) 
  • Kota Marudu (2) 
  • Keningau (2) 
  • Beaufort (1)

Jadual Gaji : RM 1,377.00 - RM 4,052.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau 
    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau 
    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24). 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon :
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://jawatan.sabah.gov.my/

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
88811 KOTA KINABALU.

Hanya calon -calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil -Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen -dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon -calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon -pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Febuari 2020