Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 | Tarikh Tutup: 10 Febuari 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Kementerian / Jabatan : Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah

Bilangan Kekosongan : Empat (4)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan (N)

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian : RM 54.00 Sehari

Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
  • Lulus dengan kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
  • Sihat tubuh badan 
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil komputer / berkemahiran mengendalikan komputer)

Cara memohon :
i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati secara on-line di Laman Web Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah : ww.hwkks.moh.gov.my. Gambar berukuran passport yang terkini hendaklah dikepilkan bersama dengan borang permohonan. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar dalam sampul surat 32cm X 22cm dan ditulis nama jawatan disudut atas sebelah kiri. Tarikh tutup permohonan tidak lewat atau pada 10 Februari 2020 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang. Sila hantar borang permohonan tersebut dan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut;

Pengarah Hospital
Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah,
Unit Perjawatan / HRMIS
Aras 4, Bahagian Pengurusan
Peti Surat 187,
88996 KOTA KINABALU


ii. Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan), sijil-sijil akademik, Resume / biodata terkini dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

iii. Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil
untuk temuduga.
iv. Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas
satu (1) minggu dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak Berjaya.

Maklumat lanjut sila download di sini

Borang permohonan sila download di sini