Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | Tarikh Tutup: 01 April 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lokasi : Seluruh Negeri

Jawatan : PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian / Jabatan

Kekosongan : 407 | Simpanan : 1000

Kelayakan Akademik : PMR

Jadual Gaji : RM1204.00 - RM3,001.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat-syarat permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui online sahaja.

Untuk memohon, sila klik salah satu pautan Borang SPA8i dibawah :
1) https://www.spa.gov.my

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/pmr-pt3/pembantu-perawatan-kesihatan-gred-u11

Tarikh Tutup Permohonan : 01 April 2020 (Rabu) jam 11.59 malam