Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Tarikh Tutup: 19 April 2020

Permohonan Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jawatan : PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian / Jabatan

Kekosongan : 10 | Simpanan : 20

Kelayakan Akademik : SPM / SKM / SVM

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui online sahaja.

Untuk memohon, sila klik salah satu pautan Borang SPA8i dibawah :1) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pegawai-khidmat-pelanggan-gred-n19

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2020 (Ahad) jam 11.59 malam