Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred HA11

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred HA11.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN KERJA RAYA

Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED HA11

Kekosongan : Tiga Puluh Satu (31) Jawatan

Taraf Jawatan : Sementara

Lokasi/Penempatan :
  • Ibu Pejabat JPP Kota Kinabalu (2) 
  • JPP Kota Kinabalu & Putatan (2) 
  • JPP Papar (1) 
  • JPP Tuaran (2) 
  • JPP Penampang (1)
  •  JPP Ranau (1) 
  • JPP Kudat (2) 
  • JPP Kota Marudu (2) 
  • JPP Sandakan (1) 
  • JPP Telupid (1) 
  • JPP Kinabatangan (1) 
  • JPP Tawau (2) 
  • JPP Lahad Datu (3) 
  • JPP Keningau (1) 
  • JPP Tambunan (2) 
  • JPP Tenom (3) 
  • JPP Beaufort (2) 
  • JPP Sipitang (1) 
  • JPP Kuala Penyu (1)

Jadual Gaji : RM 1,218.00 - RM 2,939.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00); dan 
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pembetungan,air, minyak dan gas.

Cara Memohon :
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat: https://jawatan.sabah.gov.my/

Hanya calon -calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil -Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen -dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon -calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon -pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2020