Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam | Tarikh Tutup: 23 November 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Jawatan : PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Kekosongan : 64 | Simpanan : 700

Kelayakan Akademik : SPM / SKM

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,005.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,353.00) atau
     ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,409.40) atau
     iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,465.80) 

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui online sahaja.

Untuk memohon, sila layari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :

http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2020/iklanAkhbar_PK-KASTAM-PembantuPenguasaKastamGredWK19.pdf

Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2020 (Isnin) jam 11.59 malam