Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Permohonan Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Sabah Electricity Sdn Bhd.

JAWATAN : JURUTERA (KONTRAK), BAHAGIAN PENGHANTARAN

Syarat Permohonan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Wajib berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM);
  • Kelebihan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dan memiliki perakuan professional/kekompetenan yang diiktiraf

JAWATAN : JURUTERA ELEKTRIK (KONTRAK), BAHAGIAN PENGHANTARAN

Syarat Permohonan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Wajib berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM);
  • Kelebihan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dan memiliki perakuan professional/kekompetenan yang diiktiraf

JAWATAN : TUKANG KONTRAK

Syarat Permohonan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
  • Tidak rabun warna
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memiliki perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1;
  • Boleh bekerja secara berpasukan;
  • Calon yang mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan;
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah

JAWATAN : TUKANG / PEMANDU GENSET BERGERAK KONTRAK (LABUAN)

Syarat Permohonan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memiliki lesen memandu kelas E dan GDL yang sah;
  • Memiliki perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A4;
  • Keutamaan kepada calon yang juga memiliki perakuan kekompetenan Drebar Injin Pembakaran Dalam Gred 2 yang berdaftar dengan DOSH.
  • Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
  • Tidak rabun warna;
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui pautan: https://erecruit.sesb.com.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 04 Mac 2021 - 11 Mac 2021