Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) | Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2022

Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Jawatan : Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Kekosongan : 30 | Simpanan : 300

Kelayakan Akademik : SPM / SKM

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia; dan
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau
     ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau
     iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40); atau
     iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dilakukan secara "online". Sila ikuti arahan seperti dibawah.

Klik pada pautan link yang disediakan di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan perkhidmatan untuk memohon jawatan tersebut.

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2022

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini