Jawatan Kosong Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 196/2022
Permohonan Jawatan Kosong Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 196/2022.
Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.
Maklumat Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :1. PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 196/2022
SYARAT ASAS PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
- Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
- Tinggi: Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m - Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
- Berat: Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg - Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) :Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0
SYARAT AKADEMIK
- Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
KELAYAKAN TAMBAHAN
- Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
- Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
- Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
CARA MEMOHON
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan link yang disediakan di bawah.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon dikehendaki mendaftar akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat akan ditolak.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2022