Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong KKM / Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 | Tarikh Tutup: 09 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Gred u11
  • Kekosongan: 80 | Simpanan: 280
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji: RM1,204.00 - RM3,001.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • a.warganegara Malaysia; dan
  • b.berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c.Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11: RM1,204.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dilakukan secara "online". Sila klik pada pautan yang disediakan di bawah.

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan. Lihat juga senarai jawatan kosong kerajaan terkini di SPA9

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Oktober 2022

Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemasikini jawatan secara online disini