Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 | Tarikh Tutup: 31 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29
  • Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
  • Bayaran Gaji : RM1,493.00 Minima
  • Penempatan : Sabah (1 kekosongan)

Deskripsi Tugas :

Melaksanakan pengurusan komunikasi korporat dan pengantarabangsaan IPDAS seperti berikut:
  • Membina imej koporat dan perhubungan;
  • Menguruskan perhubungan strategik diperingkat tempatan dan antarabangsa;
  • Menguruskan sesi kenyataan akhbar dan media; iv. Memasarkan dan mempromosi IPDAS di peringkat tempatan dan antarabangsa;
  • Mengurus dokumentasi sejarah dan aktiviti galeri IPDAS;
  • Mengurus lawatan dari dalam negeri dan luar negara;
  • Mengatur lawatan penanda aras; viii. Mengendalikan laman sesawang dan media sosial;
  • Menyediakan buletin dan laporan tahunan; dan
  • Menyediakan bahan promosi dan cenderamata IPDAS dan menguruskan maklumbalas pelanggan dan kajian kepuasan pelanggan.

Syarat Permohonan :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Berkelulusan:
  • i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
  • ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
  • iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,770.95]; dan
  • iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan:
  1. Mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa
  2. Mempunyai kemahiran dalam bidang media
  3. Mempunyai kemahiran pereka poster

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dimohon yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon :
  1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat: http://www.spa.gov.my
  2. Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.
  3. Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.
Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:
Seksyen Jawatan Kontrak & Pengurusan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM
03-8870 7684 / 03-8870 7685 / 03-8870 7604

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 OKTOBER 2022 (ISNIN) JAM 11.59 MALAM