Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) | Tarikh Tutup: 17 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

JAWATAN : PELATIH PENTADBIRAN (1 KEKOSONGAN)
  • Kelayakan : Para graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Diploma dalam bidang Perniagaan / Sumber manusia / atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon sebagai Pelatih Pentadbiran. Tempoh latihan ialah enam (6) bulan hingga setahun dan pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM1,000.00 - RM1,200.00 sebulan.
  • Kebolehan : Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi). Menyelaras hal ehwal pentadbiran mesyuarat dan personel bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangan organisasi. Proaktif, dinamik, bermotivasi dan mempunyai kemahiran interpersonal serta berkebolehan berinteraksi / komunikasi dengan baik.
  • Umur : 20 tahun ke atas
  • Warganegara : Malaysia

JAWATAN : PELATIH PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (3 KEKOSONGAN)
  • Kelayakan : Para graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Diploma dalam bidang Pentadbiran, Perniagaan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon sebagai Pelatih Pembangunan Perniagaan. Tempoh latihan ialah enam (6) bulan hingga setahun dan pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM1,000.00 - RM1,200.00 sebulan.
  • Kebolehan : Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi). Menyelaras data maklumat dan input dari agensi berkepentingan Negeri/ Persekutuan ke dalam database. Proaktif, dinamik, bermotivasi dan mempunyai kemahiran interpersonal serta berkebolehan berinteraksi / komunikasi dengan baik.
  • Umur : 20 tahun ke atas
  • Warganegara : Malaysia (3)

JAWATAN : PELATIH PENGUATKUASA (4 KEKOSONGAN)
  • Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon sebagai Pelatih Penguatkuasa. Tempoh latihan ialah enam (6) bulan hingga setahun dan pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM800.00 – RM1,000.00 sebulan.
  • Kebolehan : Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi). Menyelaras lawatan ke lokasi projek sedia ada, mengenal pasti kawasan/permohonan baru dan mengenal pasti kawasan projek menerima aduan dan membuat tindakan ke atas aduan tersebut. Mempunyai kebolehan dalam seni mempertahankan diri. Proaktif, dinamik, bermotivasi dan mempunyai kemahiran interpersonal serta berkebolehan berinteraksi / komunikasi dengan baik.
  • Umur : 20 tahun ke atas
  • Warganegara : Malaysia

JAWATAN : PELATIH GEOLOGIST (1 KEKOSONGAN)
  • Kelayakan : Para graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / dalam bidang Kaji bumi, geofizik, atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon sebagai Pelatih Geologist. Tempoh latihan ialah enam (6) bulan hingga setahun dan pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan.
  • Kebolehan : Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi). Menyelaras kajian teknikal yang disediakan oleh pihak Vendor. Proaktif, dinamik, bermotivasi dan mempunyai kemahiran interpersonal serta berkebolehan berinteraksi / komunikasi dengan baik.
  • Umur : 20 tahun ke atas
  • Warganegara : Malaysia

JAWATAN : PELATIH TEKNOLOGI MAKLUMAT (1 KEKOSONGAN)
  • Kelayakan : Para graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Diploma dalam bidang Sistem Pengurusan Maklumat atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oelh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon sebagai Pelatih Teknologi Maklumat. Tempoh latihan ialah enam (6) bulan hingga setahun dan pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM1,000.00 – RM1,200.00 sebulan.
  • Kebolehan : Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik (Menulis & Komunikasi). Menyelaras, menyediakan dan mengemaskini database. Menyelaras sistem dan membangunkan sistem. Proaktif, dinamik, bermotivasi dan mempunyai kemahiran interpersonal serta berkebolehan berinteraksi / komunikasi dengan baik.
  • Umur : 20 tahun ke atas
  • Warganegara : Malaysia

Cara Memohon :
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan lengkap, resume/cv. Sebelum atau pada 17 Oktober 2022.

Kepada :
Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran Kumpulan
Tingkat 8, Wisma Sedco,
Peti Surat 12159, 88823 KOTA KINABALU.


(Hanya calon disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga)

Iklan penuh jawatan disini