Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong UiTM / Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

JAWATAN PENTADBIRAN :


SYARAT KELAYAKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
     (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
     (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM disini BORANG PERMOHONAN

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;
  • a) Kad Pengenalan.
  • b) Sijil Kelahiran.
  • c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
  • d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
  • e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 November 2022 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah
No. Tel : (088) 513879