Jawatan Kosong Terkini Penerbit UMS (PUMS)
Iklan Kekosongan Jawatan di Penerbit UMS (PMS)
Penerbit UMS (PUMS) mempelawa pemohon yang terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :1. PEGAWAI TADBIR (N41)
- Kumpulan : Pengurusan dan Pentadbiran
 - Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan (N)
 - Taraf Jawatan : Kontrak Jabatan
 - Penempatan : Penerbit UMS
 
KELAYAKAN :
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
 - Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 - Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 - Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
 
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)
- Kumpulan : Pelaksana 1
 - Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan (N)
 - Taraf Jawatan : Kontrak Jabatan
 - Penempatan : Penerbit UMS
 
KELAYAKAN :
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun
 - Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
 - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 - Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 
KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA CALON YANG MEMENUHI KRITERIA :
- Bermotivasi tinggi dan mampu bekerja dalam pasukan.
 - Fasih berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 - Mahir menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point serta memiliki pengetahuan dalam bidang ICT adalah diutamakan.
 - Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan.
 - Memiliki sifat seperti berintegriti, bertanggungjawab, professionalism, mementingkan kualiti kerja, berkompetensi dan ketelitian serta berdisiplin.
 
CARA MEMOHON :
Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan melalui e-mel kepada penerbit@ums.edu.my
Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 28 Mac 2023 (Selasa)
Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan, dianggap tidak berjaya
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
ENCIK ALVIN AZRIL MAHAT @ MEHAH
Ketua Pentadbiran
Penerbit UMS
E-mel: alvin@ums.edu.my
CIK WENDY JOHN
Setiausaha Pejabat
Penerbit UMS
E-mel: wendi@ums.edu.my