Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Lembaga Sukan Sabah (Kementerian Belia dan Sukan Sabah)

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Sukan Sabah.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah


Maklumat Jawatan Kosong

Lembaga Sukan Sabah mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Kekosongan Jawatan :

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • Bil. Kekosongan : Satu (1)
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM54.00 Sehari
  • Penempatan Bertugas : Kompleks Sukan Tuaran

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam Subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
     (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpanan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu dan Matematik :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
  • Bil. Kekosongan : Satu (1)
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM54.00 Sehari
  • Penempatan Bertugas : Kompleks Sukan Tuaran

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
   (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang dilktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu dan Matematik :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
  • Bil. Kekosongan : Satu (1)
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM44.00 Sehari
  • Penempatan Bertugas : Kompleks Sukan Tuaran

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
     (ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis sokongan atau prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

dan

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu dan Matematik :
Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan (C)(i) hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. PEMBANTU AWAM GRED H11
  • Bil. Kekosongan : Dua (2)
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Gaji : RM44.00 Sehari
  • Penempatan Bertugas : Kompleks Sukan Tuaran

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Bahasa Melayu dan Matematik :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini


Cara Memohon :

Perhatian Kepada Pemohon :
  • Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijl yang disahkan
  • Hanya calon yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk temuduga.

Sila Kemukakan Permohonan Kepada :

Pengurus Besar,
Lembaga Sukan Sabah,
Beg Berkunci 142,
88994 KOTA KINABALU.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2023

Pautan :