Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerja Kosong Sabah Januari 2024 | MySTEP / Pembantu Tadbir (P/O) N19

Majikan : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Lokasi : Kota Kinabalu

Jawatan : MySTEP / Pembantu Tadbir (P/O) N19

Taraf Jawatan : Kontrak

Kekosongan : Tiga Belas (13)

Kelayakan Akademik : SPM/SKM

Jadual Gaji : RM1,500.00 - RM1,999.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • a. warganegara Malaysia; dan
  • b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dilakukan secara "online". Sila ikuti arahan seperti dibawah.

Klik pada pautan link "permohonan jawatan secara online" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan perkhidmatan untuk memohon jawatan tersebut.