Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Eksekutif Kewangan Gred T19 | Tarikh Tutup: 22 Mac 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Eksekutif Kewangan Gred T19.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Jawatan : PEMBANTU EKSEKUTIF KEWANGAN GRED T19

Taraf Jawatan : Kontrak

Lokasi/Penempatan : DBP Cawangan Sabah

Jadual Gaji : RM 2,170.00 - RM 2,280.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(upah pukal: RM2,170.00) ; atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(upah pukal: RM2,220.00) ; atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (upah pukal: RM2,220.00) ; atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(upah pukal: RM2,280.00) ; atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(upah pukal: RM2,280.00) ; dan 

(f) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan DBP [Borang PSM:1/2020 (Pindaan Pent.27/99)]. Maklumat skim perkhidmatan dan borang permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://lamanweb.dbp.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2020.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Keterangan Am:
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. Segala keputusan dalam urusan ini MUKTAMAD.

Sila Muat Turun Borang Permohonan Jawatan DBP Dibawah: