Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong SPANS / Jabatan Bendahari Negeri Sabah - Pelbagai Bidang & Jawatan Ditawarkan

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Jabatan Bendahari Negeri Sabah bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

1. AKAUNTAN GRED WA41
  • Bilangan Kekosongan : Dua (2)
  • Taraf jawatan : Sementara
  • Jadual Gaji : Gred WA41 RM2,094 - RM9,585.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
  • Tempat kekosongan: Kota Kinabalu (1), WP Labuan (1)
  • Diskripsi Tugas : Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan.

2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
  • Bilangan Kekosongan : Tujuh (7)
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : GRED W29: 1,498.00 – RM5,678.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (6), Keningau (1)
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • Bilangan Kekosongan : Lima Puluh (50)
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred W19: 1,353.00 – RM4,005.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (50), Sandakan (1), Kudat (1), Keningau (3), Kota Belud (3), Kuala Penyu (4), Beaufort (2), Beluran (1), Sipitang (1), Tenom (1), Lahad Datu (1)
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • Bilangan Kekosongan : Sebelas (11)
  • Taraf Jawatan : Sementara
  • Jadual Gaji : Gred W19: 1,353.00 – RM4,005.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (9), Sandakan (1), WP Labuan (1)
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Cara Memohon :
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php ATAU sila klik pada pautan link "permohonan jawatan secara online" dibawah.

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 4 JULAI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Permohonan jawatan secara online