Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 | Tarikh Tutup: 22 Mac 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Jawatan : PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19

Taraf Jawatan : Tetap

Lokasi/Penempatan : DBP Cawangan Sabah

Jadual Gaji : RM 1,353.00 - RM 4,005.00

Syarat Lantikan :
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

(b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan DBP [Borang PSM:1/2020 (Pindaan Pent.27/99)]. Maklumat skim perkhidmatan dan borang permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://lamanweb.dbp.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2020.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Keterangan Am:
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. Segala keputusan dalam urusan ini MUKTAMAD.

Sila Muat Turun Iklan Penuh Jawatan DBP Dibawah:

Sila Muat Turun Borang Permohonan Jawatan DBP Dibawah: