Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) | Tarikh Tutup: 11 October 2020

Permohonan Jawatan Kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Eksekutif HSE (Health, Safety & Environment) Kontrak di Sabah Electricity Sdn Bhd.

Kekosongan Jawatan : Eksekutif HSE (Health, Safety & Environment) Kontrak

Majikan : Sabah Electricity Sdn Bhd

Lokasi : Negeri Sabah

Syarat Permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan/Kewangan atau bidang yang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Calon yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan

Deskripsi Tugas :
  • Melaksanakan pelan pengurusan HSE
  • Kenalpasti Hazard di tempat kerja dan kajian risiko
  • Perlaksanaan sistem pengurusan HSE 
  • Sebagai AJK penyiasatan kemalangan pekerjaan
  • Pemantauan melalui penyiasatan tapak dan mengeluarkan notis UA/UC atau NCR
  • Merancang program audit HSE
  • Pemberi khidmat nasihat HSE 
  • Melaksanakan program membudayakan HSE
  • Memberikan informasi dan latihan HSE
  • Merancang pelaksanaan Latihan kecemasan
  • Berkomunikasi dengan pihak ketiga (cth. DOSH, ST, DOE, Bomba, dan lain-lain)
  • Melaksanakan penguatkuasaan dan pemeriksaan bagi memastikan perundangan/peraturan/garis panduan berkaitan HSE dipatuhi
  • Memantau dan menasihat pengurusan tempatan mengenai Pengurusan Bahan Buangan Terjadual
  • Mengumpul dan menganalisa data (kemalangan, pematuhan undang-undang, notis, SW, LTIF, Penguatkuasaan dan lain-lain)
  • Mengemaskini dan memastikan keperluan undang- undang dan peraturan-peraturan berkaitan HSE dan lain-lain dipatuhi

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui pautan: https://erecruit.sesb.com.my/

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://erecruit.sesb.com.my/Public/Vacancy.aspx

Tarikh Tutup Permohonan : 11 October 2020