Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : Jabatan Perkhidmatan Awam (Sabah)

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Kekosongan : 50 | Simpanan : 250

Kelayakan Akademik : SPM / SKM

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a) Warganegara Malaysia; dan 
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
     ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
     iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80) 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(b) Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) Had umur pelantikan:
           i. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
          ii. Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
          iii. Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas : 
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon :
Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui 'online' sahaja.

Untuk memohon, sila layari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2021/IklanAkhbar_PK-JPA_KKM_SABAH-PembantuTadbirPerkeranianOperasiGredN19.pdf

Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mac 2021 (Isnin) jam 11.59 malam