Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam | Tarikh Tutup Permohonan : 11 October 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.



Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Jawatan : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/ Pelbagai Jabatan

Kekosongan : 30 | Simpanan : 60

Kelayakan Akademik : SPM / SVM / SKM / SIJIL

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a) Warganegara Malaysia; dan 
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau
      ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
      iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)

Deskripsi Kerja :
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui online sahaja.

Untuk memohon, sila layari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
http://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-hal-ehwal-islam-gred-s19

Tarikh Tutup Permohonan : 11 October 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Dapatkan info jawatan kosong di Sabah setiap hari melalui email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel