Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19 | Tarikh Tutup Permohonan: 08 November 2020

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jawatan : PEGAWAI PENJARA GRED KA19

Kumpulan : Pelaksana

Kem / Jab : Jabatan Penjara Malaysia

Kekosongan : 107 | Simpanan : 500

Kelayakan Akademik : SPM / SVM / SKM / SIJIL

Jadual Gaji : RM1,360.00 - RM4,052.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat-syarat permohonan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
 (d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KA19 : RM1,360.00)atau
      ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19 : RM1,418.12)
atau
      iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19 : RM1476.24)
(e) Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
i. Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/ juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Cara Memohon :

Permohonan jawatan diatas hanya diterima melalui online sahaja.

Untuk memohon, sila layari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pegawai-penjara-gred-ka19


Tarikh Tutup Permohonan : 08 November 2020 (Ahad) jam 11.59 malam