Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Permohonan Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

1. PENYELIA KENDERAAN (JURUTEKNIK AUTOMTIF)

Maklumat & Syarat Permohonan :
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (termasuk Ujian Lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai Sijil dalam bidang Automotif dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki lesen memandu sekurang-kurangnya kelas D yang sah;
  • Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.

Bidang Tugas :
  • Memastikan pengoperasian kenderaan oleh Pemandu berjalan dengan lancar;
  • Memastikan hitungan kilometre (mileage) direkodkan di dalam Buku Lembaran Log Perjalanan Kenderaan (Logbook) oleh Pemandu;
  • Memastikan pembelian bahanapi kenderaan (fuel) direkodkan oleh Pemandu dalam Buku Log Aktiviti Kenderaan.Membuat pemancangan kenderaan dalam Sistem SAP (FM);
  • Bertanggungawab menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan SESB;
  • Merekodkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan (Repair & Maintenance) di dalam Sistem SAP;
  • Memastikan saman dan kompaun dilunaskan dan dipantau dari masa ke semasa;
  • Memastikan kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah;
  • Membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan setiap tahun (sebelum cukai jalan sedia ada tamat tempoh);
  • Memastikan maklumat kenderaan lengkap (No. kenderaan & Lokasi kenderaan) untuk tujuan Physical Asset Verification Exercise (PAVE);
  • Membuat cadangan hapuskira dan pelupusan kenderaan bagi kenderan yang tidak diperlukan atau tidak effisien untul digunakan lagi.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan "iklan dan permohonan jawatan secara online" di bawah

Bagi permohonan kali pertama, pemohon dikehendaki mendaftar akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Julai 2022

Iklan dan permohonan jawatan secara online