Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong SPANS / Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am - Pelbagai Bidang & Jawatan Ditawarkan

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah


Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

1. JURUPILIH PERUBATAN GRED U29
  • Bilangan Kekosongan : Dua (2)
  • Taraf jawatan : Sementara
  • Jadual Gaji : Gred U29 - RM1,797.00 - RM5,753.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
  • Tempat kekosongan: Lahad Datu (1), Papar (1)
  • Diskripsi Tugas :
  • i. Membantu menjalankan pemeriksaan dan penilaian fisioterapi dan merangka rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak/warga emas.
    ii. Membantu menyediakan rekod rawatan penghuni yang menjalankan latihan pemulihan.
    iii. Membantu menjaga peralatan fisioterapi
    iv. Membantu menjalankan tugas di bahagian pentadbiran di bawah tugas dan tanggungjawab

2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
  • Bilangan Kekosongan : Enam (6)
  • Taraf Jawatan : Sementara
  • Jadual Gaji : GRED H11: RM1,204.00 – RM3,001.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
  • Tempat Kekosongan : Beaufort (1), Lahad Datu (1), Kudat (1)
  • Diskripsi Tugas :
  • i. Penjagaan penghuni, membantu memberi penjagaan.
    ii. Pembersihan dalam dan persekitaran bengunan wad/asrama penghuni sihat dan uzur.
    iii. Pembersihan penghuni warga tua/ kanak-kanak kurang upaya.
    iv. Penyajian makanan penghuni di dewan makan dan di wad penghuni
    v. Mencuci pakaian penghuni
    vi. Melaksanakan tugas-tugas penjagaan danb pembersihan di waktu malam.

3. PEMBANTU AWAM GRED H11
  • Bilangan Kekosongan : Dua (2)
  • Taraf Jawatan : Sementara
  • Jadual Gaji : GRED H11: RM1,218.00 – RM2,939.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (6), Keningau (1)
  • Diskripsi Tugas :
  • Menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan persekitaran tempat bertugas:-
    • Memotong rumput dan mencantas pokok/pokok bunga.
    • Menyiram, menanam dan membaja pokok/pokok bunga.
    • Menyapu sampah sarap, rumput serta daun-daun kering.
    • Membantu mengawal/menjaga keselamatan peralatan perkebunan

Cara Memohon :
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php ATAU sila klik pada pautan link "permohonan jawatan secara online" dibawah.

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 08 OGOS 2022, JAM 11.59 MALAM.

Deskripsi dan syarat kelayakan jawatan disini

Permohonan jawatan secara online