Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong KKM / Pembantu Awam Gred H11 | Tarikh Tutup: 28 Ogos 2022

Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
  • Kekosongan: 9 | Simpanan: 50
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Jadual Gaji: RM1,218.00 - RM2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf     dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
  • (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia); (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :
  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dilakukan secara "online". Sila klik pada pautan yang disediakan di bawah.

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan. Lihat juga senarai jawatan kosong kerajaan terkini di SPA9i