Jawatan Kosong Yayasan Usaha Maju (YUM) | Tarikh Tutup: 14 Ogos 2022
Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Usaha Maju (YUM).
Yayasan Usaha Maju (YUM) adalah sebuah agensi mikro kredit di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah mempelawa warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah serta tinggal menetap di kawasan operasi Cawangan-Cawangan YUM iaitu tempat kekosongan jawatan yang diiklankan bagi mengisi kekosongan jawatan yang berikut:
1. BUTIR-BUTIR JAWATAN
- Nama Jawatan : Pelatih Penyelia Pinjaman
- Skim Perkhidmatan/Gred : Pembantu Tadbir Gred N19
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap
- Bilangan Kekosongan : Satu (1) kekosongan bagi setiap daerah
- Tempat Kekosongan : Cawangan Kudat, Cawangan Kota Belud, Wilayah Selatan, Wilayah Pedalaman, Cawangan Penampang (Blok Manggatal), Cawangan Tuaran (Blok Kiulu), Cawangan Lahad Datu (Blok Tungku), Cawangan Ranau (Blok Paginatan)
- Jadual Gaji Gred N19 : RM1,231.00 – RM3,580.00 (Minimum – Maksimum)
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun daripada tarikh iklan ditutup.
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya.
- Boleh memandu serta mempunyai lesen memandu kenderaan motorsikal yang sah.
BIDANG TUGAS UTAMA PENYELIA PINJAMAN
- Menjalankan pemasaran aktiviti pinjaman YUM untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan;
- Melaksanakan proses penilaian kredit mikro terhadap pelanggan;
- Mendidik pelanggan tentang Polisi dan Prosedur Pinjaman YUM;
- Menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan YUM dengan effektif danefisien.
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Kerja YUM yang boleh didapati dengan memuat turun di Laman Web Rasmi YUM.
- Salinan sijil-sijil (Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon, Kad Pengenalan kedua Ibu Bapa, Sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disyaratkan dalam iklan) hanya di bawa apabila pemohon berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang TIDAK memiliki kelayakan yang disyaratkan di atas tidak akan dilayan.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar keUnit Pentadbiran dan Perjawatan, Ibu Pejabat YUM, Aras 1 Wisma Pertanian Sabah atau ke Pejabat Cawangan YUM yang berkenaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN