Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah

Maklumat Jawatan Kosong

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Kekosongan Jawatan :

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41
  • Taraf Lantikan : Kontrak
  • Syarat Lantikan : Ijazah Sarjana Muda
  • Gaji Permulaan : RM2,078.00 - RM2,281.86
  • Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian/ jabatan

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini

2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
  • Taraf Lantikan : Sementara
  • Syarat Lantikan : Ijazah Sarjana Muda
  • Gaji Permulaan : RM2,418.00
  • Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini

3. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41
  • Taraf Lantikan : Kontrak
  • Syarat Lantikan : Ijazah Sarjana Muda
  • Gaji Permulaan : RM2,283.43
  • Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini

4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41
  • Taraf Lantikan : Sementara
  • Syarat Lantikan : Ijazah Sarjana Muda
  • Gaji Permulaan : RM2,317.00
  • Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab sebagai perancang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Menerajui bidang dalam keselamatan makanan seperti Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), ISO 9000, risk analysis, predictive microbiology, bioteknologi termasuk genetic engineering. Di peringkat antarabangsa, pegawai memberi sumbangan teknikal bagi merealisasi hasrat negara untuk menjadi pemimpin dan menerajui dalam menangani isu keselamatan makanan yang dibincangkan di mesyuarat Codex, SPS, APEC dan ASEAN, melindungi kepentingan negara dan mempromosikan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Turut bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pensijilan halal termasuk bahagian permohonan, pemeriksaan dan pemantauan dari aspek-aspek teknikal, kebersihan dan sanitasi, memastikan keselamatan makanan, menjalankan penyelidikan dan menyelaras latihan.

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini

5. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIKAN SOSIAL GRED N29
  • Taraf Lantikan : Kontrak
  • Syarat Lantikan : STPM/Diploma
  • Gaji Permulaan : RM1,493.00 - RM1,770.95
  • Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.

Muat turun maklumat penuh, syarat lantikan dan deskripsi kerja disini

Cara Memohon :
a. Borang permohonan boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:-
  • Bahagian Kaunter Pembayaran, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat DBKK
  • Bahagian Kaunter Pembayaran, Pejabat DBKK, Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.

b. Semua permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi pada tahun semasa.

c. Borang permohonan yang telah dilengkapi beserta dengan salinan sah Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Kelulusan Kelayakan Akademik dan Gambar Berukuran Pasport hendaklah dikemukakan kepada:-

PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU, SABAH

Atau serahan tangan ke:

JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7, BANGUNAN CENTRE POINT SABAH

tidak lewat dari tarikh 16 JUN 2023.

Catatan Am :
  • a. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan terpilih selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • b. Bagi kakitangan kerajaan, semua permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan akan ditolak. Namun sekiranya Ketua Jabatan pemohon tidak berada dalam pejabat dalam tempoh iklan ini kerana berkursus, bercuti dan sebagainya, maka surat permohonan tersebut hendaklah melalui pegawai kanan yang berikutnya di jabatan berkenaan.
  • c. Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan ini (sekiranya terpilih) adalah atas tanggungan pemohon.
  • d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • e. Pemohon-pemohon tidak boleh meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Sesiapa yang mendapatkan sokongan secara bertulis atau lisan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan boleh menyebabkan permohonan mereka tidak diberikan pertimbangan. Surat sokongan hanya boleh diberikan oleh Ketua Jabatan/Bahagian dimana pemohon-pemohon tersebut ditempatkan.
  • f. Sebarang keputusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhubung pengisian jawatan ini adalah muktamad.
  • g. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di talian 08824000 ext. 620/628.

Sumber : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)