Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Hospital Mesra Bukit Padang
Iklan Pengambilan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) Tahun 2023
Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
BILANGAN KEKOSONGAN : DUA (2) KEKOSONGAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)
GAJI : RM 1,700.00 SEBULAN
KEMUDAHAN :
- CUTI REHAT
- CUTI SAKIT
- CARUMAN KWSP & PERKESO
SYARAT PERMOHONAN :
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:
- Memiliki kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
- Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri;
- Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin; dan
- Mesti mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 yang lengkap 2 dos.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
CARA MEMOHON :
1. Calon yang berminat boleh mengemukakan dokumen berikut:-
- Resume beserta gambar berukuran passport;
- Salinan kad pengenalan dan juga salinan sijil -sijil serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan benar;
- Borang Permohonan Lengkap (Lampiran A - Google Drive)
- Borang Permohonan Lengkap (Lampiran A - Telegram)
2. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 088-240984 dan permohonan hendaklah dihantar melalui emel :
- mdsafar@moh.gov.my
- flora.majawat@moh.gov.my
3. Hanya calon yang memenuhi syarat permohonan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
TARIKH PERMOHONAN:
26 Mei 2023 sehingga 02 Jun 2023 (sebelum atau pada jam 5.00 petang)